• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Penipuan Cuba Bunuh Diri Minum Cecair Beracun

oleh AK-47
04/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH video tular di laman sosial Wechat China memaparkan sekumpulan warga kota negara itu cuba membunuh diri dengan meminum cecair toksik berwarna putih seperti susu.

Menurut portal Shanghaiist, kejadian itu berlaku pada Disember lalu di dalam sebuah kereta api bawah tanah Beijing.

Video yang tersebar menunjukkan beberapa orang lelaki dan wanita menghirup cecair tersebut sebelum rebah ke lantai kereta api sambil disaksikan oleh penumpang yang lain.

Tindakan kumpulan berkenaan telah menimbulkan rasa takut dalam kalangan penumpang lain hinggakan mereka menjarakkan diri daripada kumpulan terbabit.

Mangsa Penipuan Cuba Bunuh Diri Minum Cecair Beracun

Walau bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kejadian yang berlaku adalah terhad kerana video yang tersebar telah dipadam daripada laman-laman media tempatan negara itu.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 26 Disember dan pihak polis tempatan dikatakan telah mengeluarkan mangsa-mangsa yang tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital, lapor Epoch Times.

Tambah portal itu lagi, kesemua lapan mangsa yang terlibat di dalam cubaan membunuh diri itu dilaporkan selamat.

Difahamkan kesemua individu terbabit adalah peniaga saham yang telah menjadi mangsa kepada penipuan kewangan yang menyebabkan mereka terpaksa menanggung hutang.

Pun begitu, tiada kenyataan rasmi daripada media negara tanah besar itu berhubung insiden tersebut.  Tambahan pula kebanyakan video yang tersebar telah pun dipadam.

Kes ini sekali gus mengingatkan penduduk tempatan mengenai kes serupa yang berlaku dua tahun lalu di mana seorang pekerja asing sanggup minum racun perosak demi menuntut hutang tertunggak gajinya yang tidak dibayar oleh majikannya di Qiaojia County, wilayah Yunnan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bunuh diricecair beracunChina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Tragedi Asam Pedas Ragut 5 Nyawa: Disangka Telur Kurau, Rupanya….

Tragedi Asam Pedas Ragut 5 Nyawa: Disangka Telur Kurau, Rupanya….

27/03/2026
0

Oleh Mynewshub   Bayangkan… dalam sekelip mata, lima orang anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang pergi serentak — hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd