• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Kota Marudu Meningkat Kepada 2,874

oleh Ahmad Albab
18/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Kota Marudu meningkat kepada 2,874 orang daripada 851 keluarga di 11 pusat pemindahan, malam ini, berbanding 808 mangsa daripada 159 keluarga petang tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Kol. Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata pusat pemindahan banjir turut bertambah kepada 11 berbanding enam sebelum ini.

Mangsa yang dipindahkan adalah dari 17 kampung di sekitar Kota Marudu iaitu Kampung Longob, Beliajung, Bengkongan, Talantang 1, Masalog, Magaratong, Rakit, Morion, Piso, Salimandut, Tandek, Asin-Asin, Lotong, Parong, Gorontung, Pancur dan Kampung Hatob.

Dalam kenyataan, katanya, pihaknya sentiasa memantau keadaan keselamatan mangsa yang tidak berpindah termasuk memastikan bekalan makanan mencukupi selama tiga hari sekiranya keadaan banjir berlarutan.

“Walaupun mangsa semakin bertambah, namun situasi banjir dijangka semakin pulih berikutan keadaan paras sungai menunjukkan penurunan,” katanya.

Menurutnya, bacaan paras Sungai Bongon pada jam 6 petang tadi ialah 7.35 meter berbanding lapan meter, dua jam sebelum itu, namun masih di paras waspada.

Selain itu, Sungai Bandau pula mencatat 5.2 meter berbanding 5.8 meter petang tadi iaitu di bawah paras waspada, katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd