• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Bertambah

oleh Ahmad Albab
21/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir terus bertambah tengah hari ini.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Infobanjir, jumlah mangsa meningkat kepada 4,345 mangsa melibatkan 1,182 keluarga berbanding 3,232 orang melibatkan 866 keluarga pada 8 pagi tadi.

Sebanyak 38 pusat pemindahan dibuka di tujuh jajahan melibatkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok dan Machang.

Di jajahan Kota Bharu, 1,345 mangsa daripada 341 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir manakala 994 mangsa daripada 259 keluarga dipindahkan ke 15 pusat pemindahan di Pasir Mas.

Jajahan Tumpat pula merekodkan 350 mangsa daripada 105 keluarga yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan, manakala Bachok melibatkan 333 mangsa daripada 96 keluarga, juga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Seramai 103 mangsa daripada 28 keluarga pula ditempatkan di tiga pusat pemindahan di jajahan Tanah Merah, manakala Pasir Puteh merekodkan 1,106 mangsa daripada 321 keluarga di tujuh pusat pemindahan serta 114 mangsa daripada 32 keluarga berada di sebuah pusat pemindahan di Machang.

Sementara itu, menurut portal Kerajaan Negeri Kelantan di http://ebanjir.kelantan.gov.my, paras Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras amaran iaitu 10.12 meter (m) pada 12 tengah hari tadi, berbanding 9.95m pada 8 pagi.

Paras amaran bagi sungai itu adalah 9m manakala sungai yang lain masih berada pada tahap normal. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd