• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 12,636 Orang

oleh Ahmad Albab
05/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 12,636 orang daripada 4,307 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 12,400 orang daripada 4,211 keluarga malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata 62 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa banjir tersebut di lapan jajahan negeri ini.

Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas ialah 8,679 orang daripada 3,131 keluarga yang ditempatkan di 34 pusat pemindahan, seramai 1,965 orang (649 keluarga) di empat pusat pemindahan di jajahan Tumpat, manakala seramai 715 orang (184 keluarga) di lima pusat pemindahan di jajahan Kota Bharu, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata di jajahan Tanah Merah terdapat 314 orang (79 keluarga) ditempatkan di tujuh pusat pemindahan, 40 orang (8 keluarga) di sebuah pusat pemindahan di jajahan Kuala Krai, 568 orang (160 keluarga) di empat pusat pemindahan di jajahan Pasir Puteh, 245 orang (68 keluarga) di enam pusat pemindahan di jajahan Machang dan di jajahan Bachok terdapat 110 orang (28 keluarga) di sebuah pusat pemindahan.

Beliau berkata cuaca baik sejak semalam dijangka akan mengurangkan jumlah mangsa banjir di Kelantan hari ini.

Dalam pada itu, hanya paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu sembilan meter (m) namun menunjukkan trend penurunan setakat 8 pagi ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my.

Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang 10.17m berbanding 10.29m malam tadi.

Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah mencatatkan bacaan menurun 14.38m berbanding 15.92m malam tadi (paras bahaya 16m) manakala sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal. – BERNAMA

Tags: Kelantanmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd