• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tangga Ke-55 Indeks Persepsi Rasuah 2016

oleh Ahmad Albab
25/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di tangga ke-55 daripada 176 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016 dan tiga negara teratas dalam kalangan negara ASEAN, kata Transparency International-Malaysia (TI-M).

Presidennya Datuk Akhbar Satar berkata Malaysia mencatat skor 49 daripada 100 dalam tinjauan CPI.

Berbanding negara ASEAN lain, Malaysia berada di bawah Singapura (kedudukan ke-7) dan Brunei (ke-41) namun di atas Indonesia (ke-90), Filipina (ke-101), Thailand (ke-101), Vietnam (ke-113), Laos (ke-123), Myanmar (ke-136) dan Kemboja (ke-156).

Pada 2015, Malaysia berkedudukan ke-54 namun tambahan sembilan negara dalam CPI 2016 menyumbang kepada ranking Malaysia untuk 2016 berikutan sesetengah negara terbabit berada di atas Malaysia, katanya.

Skor dan kedudukan CPI ditentukan menerusi tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarkan skala 0 (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

Akhbar berkata Denmark dan New Zealand berkongsi tangga pertama dengan skor 90 manakala Findland, Sweden dan Switzerland masing-masing dalam kelompok lima negara teratas indeks.

Lima negara terbawah ialah Sudah Selatan, Korea Utara, Syria, Libya, Yaman dan Sudan selaku negara paling bawah.

Akhbar said TI-M menggesa kerajaan melaksanakan syor-syor pertubuhan itu bagi membasmi sepenuhnya rasuah .

Antara syor terbabit ialah memperkenalkan peruntukan tanggungjawab korporat dalam undang-undang sedia ada dan menjadikan sijil ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti Rasuah sebagai prasyarat untuk semua vendor kerajaan. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd