• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Bakar Pekerja Didakwa Di Mahkamah

oleh AK-47
19/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG majikan yang dipercayai mendera, merotan dan memukul pekerjanya hingga separuh mati, telah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Tertuduh, Mohd Firdaus Zahari, 36, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan iaitu mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata terhadap pekerja lelaki berusia 21 tahun.

Majikan Bakar Pekerja Didakwa Di Mahkamah

Mohd Firdaus didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pekerjanya, Mohd Firdaus Ibrahim di bangunan rumah kedai bernombor 120, Jalan Bakawali 52, Taman Johor Jaya, pada jam 10.26 malam.

Dakwaan terhadapnya dibuat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 10 tahun, didenda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM5,000 dan menetapkan 16 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Syafiq Ghazali manakala tertuduh diwakili peguambela, Muhammad Ashraff Mohd Diah.

Kaitan: Gila Punya Bos… Bakar Badan Pekerja Bila Tak Capai Sales

Kes tertuduh mendera pekerjanya ini turut menjadi viral di media sosial baru-baru ini apabila seorang kenalan mangsa mendedahkan mangsa dipukul dan dibakar satu badan oleh majikannya hanya gara-gara tidak mencapai target jualan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Tags: bakarDeramajikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd