• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Pangkas Kepak Politik Kit Siang

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sikap membisu penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai skandal Bumiputra Malaysia Finance Limited (BMF) membuktikan bahawa kepak politiknya telah dipangkas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata adalah sesuatu yang aneh apabila Kit Siang, yang sebelum ini begitu lantang mengkritik Dr Mahathir berhubung skandal melibatkan berbilion ringgit itu, kini bersikap membisu setelah mereka sama-sama berada dalam Pakatan Harapan.

Apa yang memeranjatkan ialah, seseorang yang suatu ketika dahulu begitu marah dengan perkara berkaitan BMF-Carrian dan menerbitkan dua buku pada 1983 dan 1986 bagi mengutuk Dr Mahathir, kini senyap sunyi seolah-oleh beliau telah kecut perut,’ katanya pada sidang akhbar di sini.

Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat baru-baru ini mengeluarkan dokumen terkelas yang menyebut bahawa kerajaan Malaysia di bawah pimpinan perdana menteri paling lama mentadbir itu terbabit dengan skandal kewangan paling besar yang pernah disaksikan Malaysia pada 1980-an.

Sebagai respons terhadap perkara itu, Dr Mahathir, melalui tulisan dalam blognya, antara lain berkata, dokumen berkenaan bertujuan memburukkan namanya kerana beliau mengkritik Amerika Syarikat, manakala Lim pula dilaporkan media sebagai berkata bahawa tiada sesuatu yang baharu mengenai skandal itu.

Merujuk kepada kenyataan Kit Siang dalam satu laporan baru-baru ini bahawa pendiriannya tentang skandal itu kekal seperti yang beliau tulis dalam buku berkenaan, Tunku Aziz menggesa Lim supaya mengisytiharkan pendiriannya tentang isu kewangan itu demi kepentingan ketelusan.

Mengenai hubungan DAP dan PAS, beliau menasihati PAS supaya berhati-hati dengan DAP.

“Kami tahu kenapa DAP mahu menjalin hubungan dengan PAS dan PKR iaitu kerana mereka mahukan sokongan orang Melayu dan itulah tujuan utamanya, lupakan sahaja cakap-cakap untuk menyelamatkan Malaysia, seseorang itu boleh menyelamatkan Malaysia tanpa sokongan daripada DAP, tapi persoalannya ialah untuk menyelamatkan Malaysia daripada siapa?” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPLim Kit SiangMahathir MohamadTunku Abdul Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd