• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Ikut Pakatan, Bukan Pakatan Ikut Mahathir

oleh Ahmad Albab
30/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan tidak mengikut perjuangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pemimpin Pakatan Harapan, Suhaizan Kayat mendakwa, sebaliknya Mahathir dan PPBM yang mengikuti perjuangan Pakatan Harapan.

Beliau yang juga Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan ramai pihak terkeliru berhubung perkara itu.

“Ada sahabat tanya saya kenapa saya ikut perjuangan Mahathir yang saya tentang (lawan) dahulu.

“Saya jawab bukan saya ikut Mahathir, tapi Mahathir yang ikut perjuangan kami dalam barisan pembangkang,” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dianggotai PAN serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan dua tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada pakatan pembangkang.

PAS disingkirkan kerana enggan tunduk kepada DAP dan PKR dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan pakatan pembangkang.

Pakatan Harapan kemudian menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai bekas pemimpin UMNO berpaling tadah, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir menubuhkan PPBM untuk bersengkongkol dengan Pakatan Harapan gara-gara berdendam dengan UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berasa kecewa kerana usaha beliau mengangkat `orang kanannya’, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang baharu ditolak akar umbi parti itu.

Suhaizan dalam pada itu itu menuduh Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) adalah alat UMNO untuk `memancing’ PAS.

Dakwaan beliau itu bagaimanapun langsung tidak berasas kerana RUU355 bukan dicadangkan oleh UMNO, sebaliknya oleh PAS yang membentangkannya di Dewan Rakyat.

PAS membentangkan RUU355 bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah, tetapi ditentang hebat Pakatan Harapan yang mendakwa ia strategi halus PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam hudud.

DAP mendakwa undang-undang hudud jika dilaksanakan di negara ini akan mengundang bias kepada kaum wanita selain bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

PKR dan PAN pula mendakwa RUU355 membimbangkan bukan Islam di negara ini dan didakwa cadangan itu sangat mengelirukan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapanSuhaizan Kayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd