Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

HIV: Potongan Bajet AS...

PARIS - Beberapa pemimpin kumpulan memerangi wabak HIV antarabangsa menggesa kerajaan Amerika Syarikat...

Bekas Perogol Bersiri Kanada...

SEPANG - Bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S. Selva Kumar yang baru dibebaskan...

Alami Kerugian, Datuk Rafiena...

PENERBIT filem terkenal, Datuk Rafiena Ezanee Ramli nekad memfailkan saman tuntutan terhadap pelakon...

Kes Majikan Bunuh Amah...

BUKIT MERTAJAM - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 28 Mei ini...

Liga Malaysia: Hattapon Tekad Bantu TRW

KOTA BHARU – Bekas penyerang Kuala Lumpur FA, Hattapon Bun An yang kini bersama skuad Kelantan, tekad untuk membantu pasukan barunya itu mencatat keputusan cemerlang pada saingan Liga Malaysia (Liga M) 2017.

Justeru, Hattapon, 26, penyerang keturunan Siam berasal dari Jitra, Kedah, akan berusaha keras menempatkan diri dalam kesebelasan utama pasukan The Red Warriors (TRW) dalam setiap perlawanan bergandingan dengan pemain muda dan lama yang lain.

“Saya perlu bersungguh-sungguh semasa latihan yang dirangka Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail dan memberi sepenuh komitmen bagi membolehkan saya terpilih beraksi pada setiap perlawanan,” katanya di sini, hari ini.

Ditanya mengapa menyertai Kelantan walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menghadapi kemelut kewangan sebelum ini, Hattapon berkata beliau mahu memenuhi impiannya beraksi bersama pasukan yang mempunyai nama besar dalam Liga M seperti Kelantan.

“Walaupun ia (Kelantan) mempunyai masalah, ia tidak penting bagi saya dan kerja saya ialah bermain bola sepak, masalah itu biar pihak pengurusan (KAFA) yang menguruskannya,” kata beliau.

Hattapon, sebelum ini pernah menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2014 dan Kuala Lumpur FA pada 2015 sehingga 2016. Beliau antara beberapa pemain tempatan yang berhijrah ke Kelantan.


Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) Mahizi Mahmood mahu pemain TRW meningkatkan prestasi bagi memenangi setiap perlawanan dalam Liga M.

“Sebagai penyokong, kami mengharapkan pemain dan pihak pengurusan dapat melakukan terbaik sepanjang beraksi dalam saingan liga musim ini bagi membuktikan segala halangan dan rintangan dihadapi di awal musim bukan satu yang melemahkan pasukan,” katanya.

Beliau berkata TRW perlu menarik semula keyakinan penyokong yang dilihat agak pudar pada musim lepas.

Kelantan akan bertemu Melaka United dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV di sini, pada Sabtu ini. – BERNAMA

Kategori