• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Dihempap Besi Penolak Sampah

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera dihempap sebahagian besi penolak sampah berkuasa hidraulik seberat kira-kira setengah tan sebuah lori sampah di pusat pelupusan sampah Bukit Tagar, Kuala Kubu Bahru dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata mangsa S. Nagaraja, 49, maut di tempat kejadian manakala rakannya S. Nagaraju, 39, yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya, dalam kejadian 7.30 pagi itu, kedua-dua mangsa sedang mencuci baki sampah di bahagian belakang lori berkenaan sebelum dihempap peralatan itu.

“Tiang besi penolak sampah yang beroperasi menggunakan kuasa hidraulik itu dikatakan rosak dan tercabut lalu menghempap mangsa serta rakannya,” katanya dalam kenyataan.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun polis masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti sama ada ia ada kaitan dengan kecuaian, kata Supramaniam. – BERNAMA

Tags: lelakimaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd