• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 6,000 Berada Di Pusat Pemindahan Banjir Di Johor

oleh Ahmad Albab
27/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebanyak 6,852 orang daripada 1,989 keluarga masih ditempatkan di 69 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata kesemua mangsa terlibat adalah dari daerah Segamat, Tangkak, Kluang dan Muar.

Beliau berkata Segamat masih mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu sebanyak 4,928 orang daripada 1,464 keluarga di 50 PPS.

“Tangkak pula mencatatkan jumlah mangsa seramai 1,490 orang daripada 401 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya di Muar, lima pusat penempatan masih dibuka yang menempatkan 415 mangsa daripada 118 keluarga manakala Kluang pula mencatatkan 19 mangsa daripada enam keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Ayub berkata dua buah sekolah masih ditutup iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong dan Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah di Segamat.

“Sehingga kini, bencana banjir ini telah meragut dua nyawa iaitu seorang lelaki berusia 21 tahun dan seorang warga emas berusia 58 tahun,” katanya. – BERNAMA

Tags: Johormangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd