• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 3,000 Mangsa Berada 45 Pusat Pemindahan Di Johor

oleh Ahmad Albab
24/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 3,226 mangsa melibatkan 865 keluarga masih berada di 45 buah pusat pemindahan sementara di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata daerah yang terjejas adalah Segamat, Kota Tinggi, Tangkak, Johor Bahru, Kluang, Batu Pahat dan Mersing.

Beliau berkata sehingga 6.30 petang tadi, 29 pusat pemindahan dibuka di Segamat dengan 1,840 mangsa; Kota Tinggi (1,006 mangsa di lima pusat pemindahan); Tangkak (105 orang di tiga pusat pemindahan) dan Johor Bahru (95 orang di tiga pusat pemindahan).

Tiga pusat pemindahan di daerah Kluang menempatkan 67 mangsa serta sebuah pusat pemindahan di Mersing menempatkan 113 orang, manakala sebuah pusat pemindahan telah ditutup di daerah Batu Pahat.

Ayub berkata tiga klinik desa di Segamat terpaksa ditutup iaitu Klinik Desa Kampung Jawa, Klinik Desa Kampung Jabi dan Klinik Desa Kampung Tengah kerana dinaiki air.

Beliau berkata, perkhidmatan ketiga-tiga klinik desa tersebut telah dipindahkan ke klinik kesihatan berhampiran.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke kawasan Parlimen Muar berkata kerajaan negeri serta agensi terlibat akan memastikan bantuan disampaikan dengan lancar kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan.

“Mengikut ramalan dikeluarkan agensi berkaitan, mangsa banjir tidak perlu berada lama di pusat pemindahan kerana hujan dijangka berhenti dan air akan mula surut dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri Johor, Shaharudin Sharif berkata 13 buah sekolah di Segamat dan sebuah sekolah di Mersing terpaksa ditutup hari ini disebabkan terputus hubungan serta dinaiki air.

Sekolah yang terlibat di Segamat antaranya ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengah; SK Segamat Kechil; SK Melayu Raya; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Centrel Site; SJKC Ladang Voules; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Gomali, SJKT Ladang Segamat dan SJKT Sungai Muar serta SK Peta, Mersing. – BERNAMA

Tags: mangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd