• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Sah Ada Laporan Salah Laku Bekas Pengarah SPRM

oleh
22/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan laporan polis telah dibuat terhadap bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa semasa perkhidmatannya.

Khalid hari ini mengesahkan bahawa laporan itu dibuat beberapa kali pada tahun lalu di Kelantan.

“Kami menerima laporan polis pada tahun lalu jika tidak silap saya. Siasatan telah dijalankan dan kami menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

“Seperti biasa, kita perlu menyiasat kerana terdapat laporan dibuat dan apa sahaja penemuan akan diserahkan kepada Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat 10/2017 di Persada PLUS sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan.

Terdahulu, biras Bahri, Noraihan Che Ali mendakwa, semasa Bahri masih pengarah bahagian operasi khas, beliau mengarahkan satu pasukan dari bahagiannya untuk menggeledah rumah di Kota Bharu pada Januari tahun lepas.

Baca: Bekas Pengarah SPRM Salah Guna Kuasa Rebut Pusaka?

Noraihan, Pengarah Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) mendakwa dokumen yang berkaitan dengan kolejnya dan perniagaan lain telah dirampas.

Menurut Noraihan, arwah suaminya Muhamad Zamly Abdullah yang merupakan pemilik KIST dan abang kepada isteri Bahri, Noor Haslina Abdullah telah meninggal dunia pada bulan September 2015 dengan meninggalkan aset bernilai RM100 juta dan hutang RM85 juta.

Ekoran itu, Noraihan mendakwa pertikaian meletus antara adik beradiknya arwah suaminya dengan beliau dan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd