• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pukul: 4 Individu Termasuk Wanita Ditahan

oleh Ahmad Albab
24/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Empat individu termasuk seorang wanita ditahan berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa dekat sini, pada 14 Januari lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata kesemua mereka berusia 20 hingga 30-an itu ditahan dalam operasi di Negeri Sembilan, Kepong dan Kajang, Selangor malam tadi.

“Polis akan mencari beberapa lagi rakan suspek untuk membantu siasatan, usaha mengesan individu lain sedang dijalankan bagi membantu polis mendapatkan gambaran sebenar kejadian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ops Selamat 10/2017 Sempena Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata polis  merakam percakapan 15 individu termasuk pemilik video berhubung kes pukul itu.

Kes tersebut mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial yang memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya selama beberapa minit. – BERNAMA

Tags: kes pukul
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd