• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan P.Pinang Akan Beri Ganjaran Kepada Mohd Faiz

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan memberi ganjaran kepada Mohd Faiz Subri selepas beliau dinobat sebagai pemenang anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumum awal pagi tadi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata perbincangan akan diadakan terlebih dahulu sebelum memutuskan apakah bentuk sumbangan sebagai menghargai jasa pemain tengah itu setelah mengharumkan nama negeri dan negara.

“Pencapaian Mohd Faiz adalah sesuatu yang unik kerana beliau merupakan rakyat Malaysia pertama berdiri di pentas yang disaksikan seluruh dunia (dalam bidang bola sepak).

“Ingin saya tegaskan, kejayaan Mohd Faiz adalah kerana kerja kuat, dedikasi dan disiplin beliau sebagai seorang pemain bola sepak dan ia bukanlah kerana hanya nasib,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lim berkata kejayaan Mohd Faiz juga diharap dapat dijadikan suntikan semangat dan contoh kepada generasi muda untuk kuat berusaha dalam mencapai kejayaan dalam apa juga bidang.

Mohd Faiz dipilih sebagai antara tiga finalis anugerah berprestij itu yang berlangsung di Zurich, Switzerland, Isnin.

Jaringan yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ itu dilakukan Mohd Faiz, anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah, ketika membantu skuad Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.

Dua lagi calon bagi anugerah itu ialah Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela. – BERNAMA

Tags: Faiz SubriFifa Puskas AwardLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd