• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Myanmar Beri Kelulusan Flotilla Ke Sittwe

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kerajaan Myanmar telah memberi kebenaran kepada misi kemanusiaan ‘Food Flotilla for Myanmar’ untuk memasuki Sittwe di wilayah Rakhine.

Katanya kapal flotilla akan berlabuh di pelabuhan di Yangon dahulu untuk memuatkan bantuan ke atas lori-lori untuk dibawa ke Sittwe melalui jalan darat yang akan mengambil masa dua hari.

“Wakil kerajaan Myanmar akan bersama-sama kita di Yangon. Kemudian kapal flotilla akan meneruskan perjalanan ke Sittwe melalui jalan air dan dijangka tiba di Sittwe dalam masa tiga ke empat hari.

“Kita akan berada di Sittwe selama dua hari untuk mengagihkan bantuan kepada masyarakat Rohingya di situ,” katanya kepada wartawan selepas menutup kursus keselamatan Misi Flotilla ke Myanmar, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya hanya 100 orang sukarelawan sahaja yang dibenarkan untuk turun mengagihkan bantuan di Sittwe bagi kedua-dua hari tersebut.

Menurut Abdul Azeez, flotilla kemudiannya akan meneruskan pelayaran ke Teknaf, Bangladesh, dari Sittwe bagi memberikan bantuan kemanusiaan kepada kira-kira 150,000 pelarian Rohingya di situ.

Katanya misi itu telah mendapat kelulusan daripada kerajaan Bangladesh untuk flotilla berlabuh di Teknaf melalui maklumat yang disampaikan oleh pasukan peninjau KP1M di Bangladesh.

“Kita sekarang sedang menunggu kepulangan pasukan peninjau dari Myanmar dan Bangladesh untuk membawa surat kelulusan rasmi daripada kedua-dua kerajaan,” tambahnya.

Misi ‘Food Flotilla For Myanmar’ dianjurkan oleh KP1M, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Turkiye Diyanet Vakfi ( TDV) dan dijangka belayar dari Pelabuhan Klang ke Myanmar pada 3 Februari depan.

Menggunakan Kapal Nautical Aliya, misi itu akan membawa 226 aktivis dan sukarelawan ASEAN dan antarabangsa serta 1,500 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada masyarakat yang terjejas di Rakhine, barat Myanmar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul RahimFlotillaMyanmarRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd