• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Mohd. Faiz Bukan `Diambil’, `Dibeli’

oleh AK-47
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seluruh warga Malaysia sepatutnya mengucapkan tahniah kepada Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd. Faiz Subri.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, anugerah itu adalah satu pencapaian yang diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan bola sepak dunia.

“Masakan kita di negeri (Malaysia) perlu mempertikainya. Terpilihnya beliau adalah atas keupayaan ciptaannya sendiri. Tidak `diambil’ atau `dibeli’ daripada orang lain.

“Tak boleh ditiru tak boleh `dicopy’. Yang penting ia pengikitarafan badan tertinggi boleh sepak dunia. Tahniah Mohd. Faiz bekas pemain pasukan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan semalam

Mohd. Faiz yang juga penyerang pasukan Pulau Pinang mencipta sejarah baharu dalam arena bola sepak Asia apabila menjadi pemain pertama dari benua itu memenangi Anugerah Puskas 2016 selepas diumumkan sebagai pemenang oleh FIFA dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerland semalam.

Kejayaan itu sekali gus menepati ramalan seluruh peminat bola sepak dunia yang kebanyakkan menyokong gol jaringan Mohd. Faiz berhak untuk memenangi anugerah tersebut.

Jaringan yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ itu dilakukan sewaktu membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu, mengetepikan dua lagi calon akhir iaitu pemain Brazil yang beraksi untuk kelab Corinthians, Marlone dan wakil tunggal wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Anugerah Puskas diperkenalkan pada tahun 2009 yang menyaksikan pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, Cristiano Ronaldo menjadi pemenang pertama anugerah tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Faiz SubriFIFAFifa Puskas AwardKAFATan Sri Annuar Musa.
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd