• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebanyakan Mangsa Bot Karam Masih Trauma – Polis

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kebanyakan mangsa bot pelancong jenis Catamaran, yang karam di perairan Sabah pada Sabtu lepas, masih mengalami trauma, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Queen Elizabeth 1 di sini hari ini, beliau berkata ada mangsa yang keadaannya semakin stabil, namun semua masih diberi perhatian perubatan di hospital itu.

“Polis telah melantik seorang pegawai perhubungan untuk setiap mangsa supaya segala kebajikan mereka kita jaga dengan baik,” katanya.

Ramli juga memberitahu perintah reman telah diperoleh untuk menahan pemilik bot berumur 44 tahun, yang ditahan petang semalam, sehingga 3 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga menyebabkan kematian.

Dua kru bot yang terselamat dalam kejadian itu turut ditahan reman sehingga 2 Februari ini.

“Selain itu, belum ada apa-apa perkembangan yang dapat saya kongsikan dan siasatan masih diteruskan dari semua sudut,” jelasnya.

Turut hadir dalam lawatan Pesuruhjaya Polis Negeri itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Ming; Konsul-Jeneral China di Kota Kinabalu, Chen Peijie dan Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra.

Wakil media tidak dibenarkan memasuki wad di mana mangsa ditempatkan.

Bot jenis Catamaran itu yang membawa tiga anak kapal dan 28 pelancong dari China dipercayai karam disebabkan angin kencang dan ombak besar pada 10 pagi Sabtu.

Insiden berlaku sejam selepas mereka meninggalkan jeti Tanjung Aru di sini menuju Pulau Mengalum, destinasi pelancong kira-kira 56 kilometer di barat laut Kota Kinabalu.

Pada Ahad, dua kru dan 20 pelancong warga China diselamatkan di perairan Semarang dekat Labuan, manakala tiga lagi pelancong China terkorban dalam tragedi itu.

Namun berlaku percanggahan maklumat berhubung jumlah sebenar mangsa yang masih hilang sama ada enam atau lima berikutan senarai berbeza yang diberikan operator bot dengan senarai yang ada di atas bot semasa kejadian.

Terdahulu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata pihaknya masih menunggu siasatan polis mengenai jumlah sebenar mangsa yang terlibat. – BERNAMA

Tags: bot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Juragan Asing Bawa Bot Tamat Tempoh Di Kudat Dicekup

04/12/2018
0

KUDAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat hari ini menahan seorang lelaki warga asing bersama sebuah bot nelayan dengan lesen...

Penggunaan Bot Pam Masih Diteliti – Polis Sabah

25/09/2018
0

KOTA KINABALU - Isu penggunaan bot pam di perairan Sabah khususnya di pantai timur negeri itu masih diteliti oleh kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd