• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Menurun

oleh Ahmad Albab
27/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun sedikit kepada 42 orang daripada sembilan keluarga setakat tengah hari ini berbanding 45 orang daripada 10 keluarga pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, Kolonel Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata mereka yang masih berada di pusat pemindahan di Dewan Kampung Binsulung, daerah kecil Paitan terdiri daripada 13 lelaki, 15 wanita, lapan kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.

“Bacaan terkini paras air Sungai Labuk, Beluran kekal pada 2.55 meter dan keadaan cuaca adalah cerah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mulliadi berkata pihaknya bersama agensi keselamatan lain terus membuat pemantauan bagi memastikan paras air turun dan keadaan sekitar kawasan kampung berkenaan kembali seperti biasa.

“Pusat pemindahan yang masih beroperasi itu berpotensi untuk ditutup sama ada hari ini atau esok bergantung kepada keadaan cuaca, paras air dan penilaian keselamatan kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata tujuh pusat pemindahan lain di Paitan dan daerah Pitas ditutup semalam. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd