• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Kurang Kepada 13,449

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 13,449 orang daripada 4,790 keluarga setakat pukul 9 pagi ini berbanding 14,074 orang daripada 4,996 keluarga malam tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Infobanjir, sebanyak 36 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di empat jajahan di negeri ini.

Jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu sebanyak 9,673 orang daripada 3,598 keluarga yang ditempatkan di 27 pusat pemindahan diikuti jajahan Tumpat sebanyak 3,549 orang daripada 1,139 keluarga di enam pusat pemindahan.

Sebanyak 190 orang (44 keluarga) ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Pasir Puteh dan 37 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Kota Bharu.

Dalam pada itu, hanya paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu sembilan meter (m) namun menunjukkan trend penurunan setakat 8 pagi ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my.

Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang adalah 9.90m berbanding 10.06m malam tadi.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah menurun kepada 13.17m berbanding 13.60m malam tadi, di bawah paras bahaya pada 16m manakala paras air sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal. – BERNAMA

Tags: Kelantanmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd