Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pelancong Hong Kong Kempunan...

KISAH ini terjadi pada seorang pelancong Hong Kong, Stomper Ho yang teringin untuk...

Khuatir Ancaman Anjing Liar...

ALOR SETAR - Kehadiran lebih 100 ekor anjing liar di kawasan perumahan Taman Low Ju Huat...

Rosyam Daki Tangga Menara...

SHAH ALAM – Sempena program World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour, tahun ini, selebriti...

Polis Beku Cuti 5,000...

PASIR MAS - Polis membekukan cuti 5,000 pegawai dan anggotanya sebagai persediaan menghadapi...

India Wajib Lembu Ada Kad Pengenalan Diri

NEW DELHI – Jika selama ini hanya manusia yang memiliki kad pengenalan, kini pemerintah India berhasrat melakukan hal yang sama terhadap puluhan juta lembu dan kerbau di negara itu.

Idea unik ini datang daripada Perdana Menteri, Narendra Modi yang menginginkan adanya angka pengenalan diri 12 digit standard untuk kesemua kira-kira 88 juta ekor lembu dan kerbau di seluruh India menjelang akhir 2017.

Kini seramai 100,000 petugas dikerah untuk memasang label berwarna kuning di telinga haiwan mamalia itu di serata India dalam usaha bagi meningkatkan pendapatan dari industri susu ternakan pada tahun 2022 kelak.

Kad identiti binatang ternak itu namun akan dipegang oleh setiap pemilik. Dokumen rasmi tersebut boleh diguna untuk menjejak semua kegiatan haiwan berkenaan dan memberikan informasi berkaitan waktu pemberian vaksin.

Bukan setakat itu, kitaran perkahwinan dan waktu kelahiran anak juga dapat dipantau. Tujuannya agar pendekatan secara saintifik mampu diterapkan demi mendapatkan baka terbaik dan peningkatan kualiti pengeluaran susu.

lembu1

Label berkenaan yang dipasang pada telinga ternakan tersebut juga dikatakan kalis terhadap segala bentuk cuaca ekstrem dan ia dirancang supaya mampu bertahan untuk selama beberapa tahun, menurut media tempatan.


Berat label itu malah hanya lapan gram agar tidak mengganggu kesihatan haiwan terbabit untuk bergerak bebas yang dianggap sebagai makhluk suci dalam kalangan penganut Hindu di negara majoriti agama berkenaan.

Penggunaan kad sebagai dokumen tanda pengenalan lembu sebenarnya pernah dilaksanakan di India tetapi untuk tujuan berbeza. Pada 2007, renjer sempadan India merakamkan foto lembu di pelbagai perkampungan perbatasan.

Langkah itu kemudian dicontohi pihak berkuasa negeri Bengal Barat yang pernah menerbitkan kad pengenalan bagi identiti setiap lembu sebagai cara mengurangkan kegiatan penyeludupan ternakan ke negara jiran, Bangladesh.

Di seluruh India ketika ini, pihak berkuasa menganggarkan terdapat 41 juta ekor kerbau dan 47 juta ekor lembu daripada pelbagai jenis yang lazimnya diternak untuk pengeluaran susu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori