• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tinggal Anak Dalam Lif Selepas Bertengkar

oleh AK-47
22/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan tindakan seorang ibu sanggup tinggal bayinya di dalam lif selepas bertengkar dengan suaminya beberapa hari lalu.

Media tempatan di China melaporkan kejadian jelik tersebut berlaku di sebuah blok apartmen di Chongqing, pada 17 Januari lalu.

Menurusi klip itu, ibu kepada bayi tersebut yang berpakaian serba hitam dilihat memasuki lif tersebut dari tingkat 22 apartmen itu sekitar jam 9 malam.

Turut kelihatan seorang wanita berpakaian merah jambu dipercayai nenek bayi itu meletakkan bayi tersebut di dalam lif itu dan wanita berpakaian serba hitam itu bertindak menutup pintu lif tersebut.

Bayi yang tidak didedahkan jantinanya itu dilihat terkapai-kapai di atas lantai itu sementara ibunya pula tidak mengendahkannya dan meninggalkan anaknya sendirian setelah tiba di tingkat paling bawah.

Ibu Tinggal Anak Dalam Lif Selepas Bertengkar

Ibu Tinggal Anak Dalam Lif Selepas Bertengkar

Malah beberapa penghuni apartmen yang turut menggunakan lif tersebut juga dirakam tidak mempedulikan bayi yang terbaring di atas lantai lif tersebut sehinggalah seorang wanita berpakaian hitam merangkulnya keluar dari lif tersebut dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Seorang pegawai polis memberitahu seorang wartawan dari CNS TV bahawa pengawal keselamatan apartmen itu telah meminta pihaknya untuk mencari ibu bapa bayi tersebut.

Menurut laporan dari pihak polis, bapa bayi tersebut dikenali sebagai Liu memberitahu bahawa dia telah bergaduh dengan isterinya; Chen pada malam kejadian.

Chen dalam keadaan marah memutuskan untuk meninggalkan rumah dan ibu Chen meletakkan bayi mereka di dalam lif bersebelahan dengan Chen.

Namun Chen tidak mempedulikan anaknya itu dan bertindak keluar dari lif begitu sahaja.

Tambah pihak polis itu lagi, kedua-dua ibu bapa bayi itu tidak akan dikenakan sebarang dakwaan di atas tindakan mereka itu.

Bagaimanapun, video yang tersebar mencetuskan kemarahan netizen di negara itu kerana memperlakukan bayi sedemikian malah mereka mengutuk tindakan beberapa penghuni apartmen yang tidak berhati perut melihat sahaja bayi itu tertiarap di atas lantai. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bayilif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd