• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Sahkan Lindsay Lohan Tidak Peluk Islam

oleh AK-47
18/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONTROVERSI membabitkan pelakon dan penyanyi Hollywood, Lindsay Lohan yang dikatakan telah memeluk Islam nyata hanyalah khabar angin sahaja.

Menerusi sebuah portal Gossip Cop berpengkalan di New York, Amerika Syarikat, melaporkan ibu Lindsay, Dina dan jurucakap pelakon itu mengesahkan yang dia tidak menukar agama kepada Islam.

Menurut ibunya, Lindsay hanya ingin berehat dari media sosial susulan semua gambar di Twitter dan Instagram anaknya itu dipadam baru-baru ini.

Jurucakap pelakon Mean Girls itu turut mengesahkan Lindsay memang sedang mendalami agama lain termasuk Islam tetapi belum menjadi seorang Muslim.

“Dia tidak masuk Islam,” kata jurucakapnya.

Sementara itu, terdapat sebuah portal yang menilai sesebuah laporan sama ada benar atau khabar angin mengesahkan berita Lindsay memeluk Islam hanyalah khabar angin dan berita palsu semata-mata.

Kaitan: Betul Ke Lindsay Lohan Dah Peluk Islam?

Sebelum ini, pelakon berusia 30 tahun itu telah menulis perkataan ‘Alaikum Salam’ dan memadam semua gambar di akaun laman sosialnya sehingga netizen menganggap dia mungkin telah memeluk agama Islam.

Tindakan pelakon kanak-kanak dalam filem The Parent Trap ini mendapat respon yang baik daripada netizen beragama Islam yang mengucapkan tahniah jika benar dia sudah memeluk agama Islam.

Ibu Sahkan Lindsay Lohan Tidak Peluk Islam

Berita mengenai bekas bintang Disney ini berkemungkinan sudah memeluk Islam tersebar sejak 2015 apabila dia dirakam memegang kitab suci Al-Quran ketika melakukan kerja khidmat masyarakat di Brooklyn.

Khabar angin mengenai dia memeluk agama Islam semakin menular kuat apabila aktres itu mengenakan pakaian muslimah lengkap berselendang ketika melawat Turki.

Bagaimanapun, Lindsay sendiri tidak menyatakan dia memeluk Islam dan tidak menjawab ketika diminta mengulasnya.

Ini bukanlah kali pertama selebriti luar negara dikhabarkan memeluk agama Islam kerana sebelum ini pelakon Fast & Furious, Tyrese Gibson juga dilaporkan telah memeluk agama Islam namun dinafikannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Artis Hollywoodislamlindsay lohanmemeluk islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd