• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Tren Intercity Pantai Timur Pulih Jumaat Ini

oleh Ahmad Albab
23/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjangkakan gangguan perkhidmatan tren Intercity di laluan pantai timur yang berlaku sejak semalam akan kembali pulih Jumaat ini.

Unit Komunikasi Korporat KTMB berkata gangguan itu berikutan hujan lebat berterusan yang menyebabkan struktur landasan terjejas dan tidak dapat dilalui di Km 392.5 antara Bukit Abu-Dabong, Kuala Krai pada pukul 9.30 malam, Sabtu lepas.

“Oleh itu semua perkhidmatan tren antara laluan Dabong-Kuala Krai-Dabong digantung sementara bermula semalam. Semua perkhidmatan tren ‘shuttle’ hanya akan beroperasi antara Kuala Lipis-Dabong dan Kuala Krai-Tumpat.

Kerja-kerja membaik pulih landasan sedang giat dijalankan,” kata KTMB dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian itu, perkhidmatan Ekspres Timuran no.26 (JB Sentral-Tumpat) hanya disediakan dari Stesen JB Sentral hingga Stesen Gua Musang dan penumpang akan meneruskan perjalanan dari Stesen Gua Musang ke Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat menggunakan bas yang disediakan oleh KTMB, manakala bagi penumpang ke Stesen Dabong akan menggunakan tren tempatan.

“Bagi perkhidmatan Ekspres Timuran no.27 (Tumpat-JB Sentral) pula, penumpang akan menaiki tren dari Stesen Tumpat dan stesen-stesen perantaraan (Wakaf Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah) ke Stesen Kuala Krai.

“Dari Stesen Kuala Krai, penumpang akan dibawa menaiki bas menuju ke Stesen Gua Musang dan mereka akan meneruskan perjalanan ke Stesen JB Sentral menggunakan tren,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut kelewatan tren dijangka melebihi dua jam dan penumpang boleh membuat pemulangan tambang atau menukar tarikh perjalanan. – BERNAMA

Tags: KTMBtren
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd