• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagasan Sejahtera PAS Bertaraf Sampah! – PAN

oleh Ahmad Albab
23/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat menganggap blok ketiga parti politik yang diwujudkan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dikenali sebagai Gagasan Sejahtera sebagai sebuah gabungan bebas bertaraf sampah.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Sany Hamzan berkata, blok ketiga parti politik yang diwujudkan PAS adalah sebuah gabungan parti pembangkang yang tidak berpendirian seperti Pakatan Harapan.

“Rakyat menganggap blok ketiga adalah seperti calon bebas yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara.

“Mengundi blok ketiga adalah umpama membuang undi ke tong sampah sahaja kerana ia tidak mampu untuk memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Sany berkata, kajian oleh Invoke yang diasaskan Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli mendapati PAS dijangka kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malangnya, kata beliau, PAS masih lagi memiliki segmen pengundi keliru yang kurang terdedah dengan perkembangan politik semasa.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan membuat penerangan di seluruh negara supaya rakyat tidak mengundi PAS.

“Pengundi keliru ini dijangka akan berkurang menjelang PRU14 nanti Pakatan Harapan dan PPBM akan membuat penerangan seluruh negara tentang peri pentingnya menggundi pakatan.

“Pengundi-pengundi yang dahulunya keliru akan mengambil sikap menolak PAS setelah mereka mendapat penerangan dan penjelasan sebenar,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mohd. Sany HamzanPANPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd