• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FIC Disusun Semula, Lembaga Pengarah Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) diarah meletak jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut, menurut Pengerusi FELDA yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

FIC merupakan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.

“FIC penting kepada FELDA. Saya sudah minta semua ahli lembaga FIC untuk letak jawatan,” katanya dalam satu temu bual bersama Bernama.

Ini merupakan langkah pertama yang utama bagi FELDA sejajar dengan pengumuman awal beliau mengenai rombakan pengurusan yang besar dalam FELDA.

Perletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah FIC, katanya, akan membuka jalan untuk menyusun semula FIC.

“Kita kena ada pelaksanaan urus tadbir yang baik, jadi saya sudah minta (mereka) letak jawatan. (Saya akan susun semula dan) isi balik. Sekarang kita tak ada CEO pun,” kata Shahrir.

FIC yang ditubuhkan pada 2 Julai, 2013 pada dasarnya terlibat dalam pembangunan hartanah, hospitaliti dan pelaburan strategik yang lain.

Objektif utama FIC ialah memberi tumpuan terhadap perniagaan strategik melalui pemerolehan atau kolaborasi yang mungkin memberi faedah kepada syarikat dan pihak berkepentingannya dalam jangka panjang.

Menurut laman web FIC, sepanjang penubuhannya, syarikat telah menandatangani beberapa perjanjian strategik termasuk pelaburan dalam IRIS Corporation Bhd, pengambilalihan syarikat pembangunan hartanah Encorp Bhd dan pelaburan dalam Barakah Offshore Petroleum Bhd, yang menandakan penglibatan pertamanya dalam industri minyak dan gas. – BERNAMA

Tags: FeldaTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

15/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau akan membongkar tentang amalan menyakau dalam FELDA pula selepas...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd