• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fattah Amin Tak Terasa Hati Vokal Dikritik

oleh Ahmad Albab
29/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Fattah Amin menganggap kritikan yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai penyanyi bukan penghalang baginya meneruskan karier dalam bidang nyanyian.

Malah kata pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 27, ini dia juga tidak berasa kecewa apabila dikritik kerana baginya itu adalah rencah biasa dalam dunia hiburan.

“Jika saya seorang yang jenis mudah terasa hati jika dikritik mungkin dari dahulu lagi saya sudah tinggalkan bidang seni.

“Pada saya orang boleh kata apa sahaja mereka mahukan kerana bukan semua suka dengan apa yang saya lakukan.

“Ini tentang citarasa masing-masing dan sebagai penyanyi saya akan terus cuba memberikan terbaik,” katanya kepada mStar Online.

Fattah baharu sahaja tampil dengan single terbaharunya ciptaan Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mel Ramlan iaitu Wanita Terakhir.

Dalam pada itu, Fattah berkata, sebagai langkah memantapkan lagi mutu nyanyiannya dia ada mengambil kelas vokal selain kerap berlatih sekiranya mempunyai waktu terluang.

Kata Fattah, dia bersungguh-sungguh memperbaiki dirinya kerana tidak mahu dipandang hanya kepada populariti sebaliknya bakat yang ada.

“Tahun ini saya berazam untuk lebih menguatkan jenama yang ada pada diri saya kerana tidak mahu dipandang kerana populariti semata-mata.

“Atas dasar itu juga saya masuk kelas vokal dan cari peluang untuk berlatih kerana ingin memperbaiki diri.

“Peluang yang ada dihadapan mata tidak akan saya sia-siakan dan mahu buktikan diri tentang kekuatan yang ada pada saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fattah berkata, dia akan menjalani penggambaran muzik video bagi lagu berkenaan dalam masa terdekat ini sebagai langkah promosi Wanita Terakhir.

Selain itu, dia juga bakal memasuki set penggambaran drama bersiri terbaharu 24 episod yang bakal memperlihatkan dia sekali lagi bergandingan dengan Neelofa. – mStar Online

Tags: Fattah Aminpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd