• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faizal Tahir Mahu Kekal Relevan Dalam Industri Muzik

oleh Ahmad Albab
20/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Penyanyi Faizal Tahir menganggap kemenangannya dalam kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik di Era Digital Awards 2016 yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), malam Rabu lalu sebagai salah satu cara untuk kekal releven dalam industri muzik tanah air.

Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 39, berkata, penting untuk dirinya berada dalam keadaan itu semata-mata memperjuangkan sebuah badan kebajikan yang membantu golongan memerlukan dikenali sebagai Iamfaithmen Movement.

“Alhamulillah biarpun anugerah ini bukan anugerah yang besar tapi bagi saya ia sebagai cara menjadikan diri saya masih kekal relevan berada dalam industri muzik tanah air.

“Kalau dilihat saya paling tua daripada penyanyi lain, tapi saya akui penting bagi saya untuk terus bersaing kerana saya ada badan organisasi Iamfaithmen Movement yang perlu diperjuangkan,” ujarnya kepada mStar Online.

Faizal Tahir akan terus bersaing dalma industri muzik - Foto IG Era Fm.
Faizal Tahir akan terus bersaing dalma industri muzik – Foto IG Era Fm.

Faizal ditemui pada majlis anugerah Era Digital Awards 2016 yang disiarkan secara langsung menerusi laman web rasmi Era FM.

Tambah Faizal lagi, dia akan berusaha untuk terus memberi produk terbaik setiap tahun bagi menjadikan namanya masih wujud dan bersaing dalam industri.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia baharu sahaja melancarkan muzik video lagu Sejati pada petang Rabu lalu.

Muzik video tersebut berkisarkan tentang kehidupan bermasyarakat dan masih ada insan di luar yang perlu diberi bantuan.

“Saya baru sahaja lancar dan menerusi video muzik itu saya ingin berkongsi tentang perjuangan Iamfaithmen Movement dan pandangan tentang masyarakat kita sekarang.

“Ia bukan bermakna saya ini sudah sempurna tetapi ia cara untuk berkongsi kebaikan dan ia juga sebenarnya peringatan kepada diri saya sendiri,” ujarnya.

Muzik video yang baharu dilancar sehari lalu kini sudah mencecah lebih 100,000 tontonan di YouTube. – mStar Online

Tags: Faizal Tahirpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd