• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujang Samudera Ditemui Maut Selepas 6 Hari ‘Hilang’

oleh AK-47
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA kematian vokalis kumpulan Samudera, Sarsen Husin atau Ujang Samudera yang ditemui meninggal dunia di kediamannya di Felda Palong Timur Satu, Segamat, Johor hari ini mengejutkan ramai pihak.

Media tempatan melaporkan, vokalis kumpulan rock popular tahun 1990-an itu ditemui rakan sekerja dan jirannya yang terpaksa memecah masuk ke dalam rumahnya selepas mendapati dia tidak hadir di tempat kerja selama enam hari.

Allahyarham yang berusia 50-an itu tinggal bersendirian ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam bilik dan dipercayai sudah meninggal dunia tiga hari lalu.

Harian Metro melaporkan, pengurus kumpulan berkenaan, Mahadi Abdul Latif berkata Ujang yang berasal dari Batu Pahat, Johor dan masih belum berkahwin itu pernah mengadu dirinya kurang sihat namun tidak dinyatakan penyakit yang dialaminya.

“Rakan-rakannya hairan apabila dia menghilangkan diri tanpa khabar berita.

“Selepas beberapa hari, mereka akhirnya buat keputusan pergi ke rumahnya dan mendapati mayatnya dalam keadaan berulat dan dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Difahamkan, proses pengebumian belum dapat ditentukan kerana polis masih menjalankan siasatan.

Ketika bersama kumpulan Samudera, Ujang sempat merakamkan beberapa buah album seperti Titian Hasrat (1993), Terminal Cinta (1994) dan Salam Sejahtera (1995).

Kumpulan tersebut popular dengan lagu seperti Salam Sejahtera, Untuk Apa Kita Bertemu dan Bila Diburu Kenangan.

Namun pada 1997, Ujang menyertai kumpulan X-Ray dan popular menerusi lagu-lagu seperti Sungguh Tak Ku Sangka, Airmata Dewiku, Mekar Dijiwa dan Lembayung Senja. – MYNEWSHUB.CC

Tags: meninggal duniapenyanyi rock
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd