• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Warga Emas Sesak Nafas Dalam Kebakaran

oleh Ahmad Albab
07/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Empat penghuni rumah jagaan warga emas di Jalan Raja Uda di sini, dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana sesak nafas akibat terhidu asap ketika rumah perlindungan itu terbakar malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, dua lelaki dan dua wanita warga emas berusia 66 hingga 77 tahun segera dihantar ke HSJ setelah mengadu penat dan sukar bernafas selepas terhidu asap.

Pemilik rumah jagaan, G.Palanivelu, 60, berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada kotak fius elektrik yang mengeluarkan percikan api dan dia bersyukur kerana tiada penghuni yang cedera dalam kejadian itu.

Rumah dua tingkat itu menempatkan 25 penghuni berusia 55 hingga 80 tahun yang kebanyakannya sudah uzur dan berkerusi roda, katanya ketika ditemui di rumah pelindungan itu di sini, hari ini.

“Kejadian itu disedari beberapa penghuni sebelum mereka memaklumkan kepada anak saya yang kemudiannya menghubungi bomba dan dalam masa sama kami terus keluarkan semua penghuni.

“Mereka yang mengadu sesak nafas sudah dihantar ke hospital dan semuanya dalam keadaan stabil,” katanya.

Seorang penghuni, Ho Lai Tiong, 58, berkata semasa kejadian, ada antara mereka sedang tidur dan menonton televisyen sebelum tiba-tiba terdengar orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana berlaku kebakaran.

“Saya duduk di tingkat dua dan mahu menonton televisyen, tiba-tiba terdengar
orang menjerit ada asap dan api. Saya pergi dekat untuk melihat sebelum nampak kotak fius terbakar,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Puyu, Phee Boon Pooh turut hadir memberi bantuan awal kepada penghuni di rumah itu.

Beliau berkata 18 daripada penghuni rumah itu ditempatkan sementara di rumah berdekatan manakala lapan lagi dipindahkan ke Dewan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Taman Pandan, di sini.

“Rumah pelindungan itu (yang terbakar) akan diperiksa dan jika didapati selamat mereka (penghuni) akan dipindahkan semula ke sana,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd