• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Edar Dadah, Mahkamah Perintah 2 Lelaki Membela Diri

oleh Ahmad Albab
13/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan dua lelaki membela diri atas pertuduhan mengedar ganja seberat hampir 3,000 gram tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap V. Nadarajan, 30, dan R.Vikneswaran, 30.

Mahkamah menetapkan kes pembelaan berlangsung selama lima hari mulai 13 Feb ini.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa kedua-dua tertuduh akan memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi.

Nadarajan dan Vikneswaran didakwa mengedar 2,975.81 gram ganja di kawasan letak kereta Pasaraya TF Value Mart dekat Sungai Siput Utara kira-kira pukul 7.20 malam, pada 14 Jan 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 38B (2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz Abd Razak. Peguam Ranjit Singh mewakili Nadarajan manakala P.Ravi mewakili Vikneswaran. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd