Thursday, June 13, 2024

Creating liberating content

SC Mahu Tambah Baik...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti (SC) mempelawa orang ramai memberi maklum balas mengenai...

Lelaki Tembikai Jadi Sensasi...

BEIJING – Gara-gara menyarungkan kulit tembikai di kepala ketika menaiki keretapi, seorang lelaki...

Ngeri! Ikan Ini Suka...

Kisah pelik ini pasti menjadi menjadi igauan paling ngeri pada kaum Adam.Jika ikan...

“Elyana Wanita Tabah, Inspirasi...

SEJAK Ahad lalu, industri hiburan digemparkan dengan berita pengakuan penyanyi Elyana selepas tersingkir...

Draf Rancangan Tempatan MBAS 2035 Buka Peluang Ekonomi

ALOR SETAR – Draf Rancangan Tempatan 2035 Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), yang menggariskan empat teras utama, diyakini mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi pada pelabur dalam dan luar negara.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata dengan adanya draf itu, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk rakyat sekali gus mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar-bandar besar.

“Menerusi draf ini, kerajaan menyediakan peluang perniagaan daripada projek berimpak tinggi seperti Terminal Ikan Bersepadu Kedah (KIFT) di Kuala Kedah, memperluaskan kawasan perniagaan sedia ada, membaik pulih bangunan perniagaan usang dan terbiar dan meningkatkan aktiviti pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan MBAS 2035 di sini, hari ini.

Ahmad Bashah teras pertama draf itu adalah menjadikan kawasan MBAS iaitu Bandaraya Alor Setar dan Pokok Sena berkembang maju dengan penyediaan peluang perniagaan dan pelaburan dari projek-projek yang dicadangkan manakala teras kedua menjadikan kawasan MBAS terutama Alor Setar sebagai bandar yang berdaya tahan dan berdaya pintar.

“Teras ketiga ialah penyediaan sistem infrastruktur dan utiliti yang komprehensif dan efisien dan keempat menjadikan kawasan MBAS sebagai Bandar Warisan Dalam Taman,” katanya.

Dalam sidang medianya kemudian, Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri sentiasa membuka ruang, peluang dan sokongan kepada mana-mana syarikat atau individu untuk turut serta memajukan projek yang dicadangkan dalam draf itu.


“Kita mahu draf ini mendapat penglibatan dan penyertaan awam. Jika draf ini tidak dipersetujui, mereka boleh cadangkan dan membuat bantahan kepada pejabat MBAS mengikut saluran yang betul.

“Kita tidak mahu apabila ia dilaksanakan nanti, ia akan menjejaskan sesetengah pihak dan menguntungkan pihak lain hingga perancangan itu terbantut dan negeri Kedah akan ketinggalan,” katanya.

Penyediaan Draf Rancangan Tempatan MBAS 2035 (pengantian) adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di mana pihak Berkuasa Perancang Tempatan boleh pada bila-bila masa membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu rancangan tempatan.

Penyediaannya dibuat berpandukan kepada Manual Rancangan Tempatan Edisi 2013 dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MBAS

Kategori