Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun 50 peratus untuk perjalanan dengan Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dan Intercity kepada pesara kerajaan dan Angkatan Tentera yang berpencen dan isteri mereka.

Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Siti Badariah Wan Hanafi berkata tawaran yang berkuat kuasa sejak Ahad lepas merupakan penambahan 10 peratus kepada diskaun sedia ada iaitu sebanyak 40 peratus.

Beliau berkata diskaun itu ditawarkan untuk semua perkhidmatan ETS dan Intercity kecuali bagi perkhidmatan shuttle Tebrau JB Sentral-Woodslands-JB Sentral.

“Sebelum ini diskaun 50 peratus diberikan kepada warga emas, OKU (Orang Kurang Upaya),” katanya kepada Bernama.

Tiket diskaun boleh dibeli di semua kaunter tiket KTMB dengan mengemukakan salinan asal kad pesara yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia berserta kad pengenalan mereka.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau laman sesawang www.ktmb.com.my. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...