• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dilarang Bawa Kuaci Masuk Stadium Darul Aman

oleh Ahmad Albab
29/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK) memutuskan penyokong skuad Kedah dan pasukan lawan dilarang membawa masuk kuaci ke dalam Stadiun Darul Aman bermula musim ini.

PSNK dalam satu kenyataan berkata, langkah itu dikuatkuasakan bagi memastikan Stadium Darul Aman yang mampu menampung seramai 30,000 penyokong pada satu-satu masa kekal bersih dan selamat digunakan.

“Setelah mendapat persetujuan lembaga mesyuarat, PSNK memutuskan supaya makanan ringan kuaci tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Stadium Darul Aman bagi semua perlawanan musim ini.

“Timbalan Pengerusi PSNK merangkap Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminudin Omar bersetuju dengan cadangan untuk larangan membawa masuk kuaci ke Stadium Darul Aman mulai tahun 2017,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut PSNK, larangan tersebut juga selaras dengan Enakmen Perbadanan Stadium Negeri Tahun 1971 melalui peruntukan penguatkuasaan peraturan di bawah peruntukan seksyen 14(f) Enakmen Perbadanan Stadium Negeri tahun 1971.

Jelas PSNK, antara rasional langkah itu diambil kerana kotoran sampah kulit kuaci yang mereput di bawah kerusi terutama di kawasan terbuka sukar untuk dibersihkan.

“Larangan membawa masuk kuaci bukan pertama kali dilaksanakan di Malaysia tetapi turut menjadi barang larangan di stadium lain seperti di Melaka dan luar negara. Harap maklum,” kata PSNK. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KedahKuacipenyokong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd