• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chegubard Dedah Siapa Sebenarnya Azmin…

oleh AK-47
06/01/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin mendakwa kerajaan Selangor kini ditadbir oleh seorang Menteri Besar bercirikan kartel yang licik menutup sebarang kepincangan yang berlaku di negeri itu daripada pengetahuan rakyat.

Badrul Hisham atau lebih mesra dengan panggilan Chegubard dan antara pengasas PKR yang kini mengetuai gerakan anti-Kerajaan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat pendedahan itu melalui blog beliau chegubard.blogspot.my hari ini.

Chegubard mendakwa sebenarnya berlaku bermacam-macam korupsi di Selangor sejak ditadbir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tetapi Mohamed Azmin mempunyai pemantau media sosial di pejabatnya untuk mengawal isu tersebut daripada tersebar luas.

“Terbaru ialah pengadu SELCAT (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor) dalam isu Paya Indah Wetlands yang merupakan pegawai kepada Exco Kerajan Selangor baru sahaja dipaksa berhenti.

“Abdul Razak Ismail merupakan Pegawai di Pejabat Datuk Theng Chang Kim dalam beberapa update laman sosial Facebooknya menyatakan beliau dipaksa berhenti atas nasihat bosnya kerana tekanan yang diberikan oleh Mohamed Azmin.

“Beliau (Abdul Razak) juga mendedahkan bagaimana Pejabat Menteri Besar Selangor ada pemantau media sosial dimana sesiapa yang mengkritik Menteri Besar jika bekerja berkaitan kerajaan negeri pasti akan diadu dan dihukum,” dakwanya.

Chegubard dipecat daripada PKR awal tahun ini kerana membuat pendedahan berani mengenai salah laku dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Beliau bertindak demikian kerana bimbang melihat kepada situasi semasa kerajaan Selangor PKR yang mula membelakangkan kepentingan rakyat.

Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar Selangor selepas kumpulannya berjaya menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan menyebarkan pelbagai dakyah buruk ke atas Abdul Khalid yang juga salah seorang pemimpin PKR.

Justeru, Chegubard mendesak Chang Kim menyatakan kebenaran mengenai ‘pengusiran’ Abdul Razak daripada kerajaan Selangor yang didakwa disebabkan oleh tekanan kartel Menteri Besar Selangor.

“Juga sehingga kini masih ternanti komen pemimpin DAP, Parti Amanah Negara (PAN) mahupun PAS Selangor mengenai pembaziran kos hampir RM10 juta cat pintu gerbang Darul Ehsan, anugerah Balak lebih RM40 juta tanpa tender kepada entiti perniagaan bertaraf enterprise, pembaziran tukar kubah masjid Shah Alam bernilai RM32 juta, pembaziran siapkan parkir perpustakaan RM50 juta yang mana nilai lebih mahal dari perpustakaan itu sendiri, kewujudan proksi Mohamed Azmin yang menghantar mesej kepada semua Exco dan pegawai kerajaan berkaitan pertukaran status kawasan Paya indah Wetlands yang mana turut melupuskan sebahagian kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan banyak lagi. Namun semua bisu kerana jaga ‘tembolok’ masing masing,” dakwanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Badrul Hisham ShaharinChegubardPKR
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd