• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj 20 Sen Denda Ke Atas Rakyat Selangor – PKR

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan ke atas rakyat Selangor oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan denda yang perlu ditanggung oleh rakyat negeri itu.

Ketua Biro Guaman Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid berkata, denda itu dikenakan ke atas rakyat Selangor kerana konon mereka telah mencemarkan alam sekitar.

“Kerajaan Selangor meletakkan denda sebanyak 20 sen untuk satu plastik kerana ingin memberikan satu insentif kepada orang ramai supaya tidak lupa membawa beg sendiri ketika membeli-belah.

“Sekiranya caj 20 sen ini tidak dikenakan, orang ramai tidak merasa perlu untuk membawa beg sendiri kerana beg plastik amat mudah diperoleh dengan percuma,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan persoalan dibangkitkan UMNO Selangor mengapa kerajaan Selangor yang ditadbir PKR tidak menghentikan terus bekalan beg plastik di semua premis beli-belah jika benar-benar mahu menjaga alam sekitar.

UMNO Selangor turut mempersoalkan pihak mana yang mendapat hasil daripada denda sebanyak 20 sen dikenakan ke atas rakyat Selangor bagi setiap beg plastik tersebut.

Muhammad Harris Idaham seterusnya mendakwa denda 20 sen itu sama seperti strategi yang diguna pakai oleh pusat beli-belah mengenakan caj sebanyak 50 sen untuk menggunakan satu troli dalam pasar raya besar.

Menurut beliau, antara sebabnya ialah konon untuk mengingatkan pengguna supaya meletakkan semula troli yang telah digunakan ke tempat asal dan mendapat balik duit 50 sen berkenaan.

Justeru, beliau mendakwa cadangan oleh pemimpin UMNO Selangor supaya tiada langsung bekalan beg plastik di pusat membeli-belah tidak masuk akal dan retorik.

“Cadangan ini akan menyusahkan pembeli yang hadir di premis beli-belah tanpa membawa beg plastik kerana mereka tidak ada pilihan lain untuk mengangkut barang-barang tersebut,” dakwanya.

Ironinya Muhammad Harris terlupa, duit syiling untuk troli dipulangkan kembali setelah diletakkan di tempat sepatutnya namu tidak untuk kes beg plastik yang tidak diberi balik.

Beliau seterusnya mendakwa wang yang dikumpul menerusi denda 20 sen tersebut konon akan dimasukkan semula ke dalam akaun peniaga atau peruncit sendiri.

“Kutipan tersebut kemudian akan disalurkan untuk melaksanakan program Corporate Social Responsibility atau disalurkan kepada badan amal bagi melaksanakan usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar,” dakwanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: AMK Selangorbeg plastikdendaPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd