• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Selamatkan Harta Lebih RM1.5b Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
19/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Melaka berjaya menyelamatkan harta benda bernilai lebih RM1.5 bilion melibatkan 2,465 kes kebakaran tahun lepas.

Pengarah JBPM Melaka Nazili Mahmood berkata nilai itu meningkat berbanding kira-kira RM443.4 juta pada tahun 2015 antara lain disebabkan JBPM Melaka berjaya mencapai ‘response time’ 11 minit berbanding 15 minit ditetapkan JBPM.

“Kami berjaya menyelamatkan lebih banyak harta benda kerana anggota dan jentera dapat sampai ke lokasi kejadian dalam tempoh singkat. Pada tahun ini kami meletakkan sasaran sampai ke lokasi kejadian dalam masa 10 minit.

“Banyak faktor yang membantu kami untuk sampai di lokasi kejadian dalam tempoh masa yang singkat termasuk aliran trafik, kepadatan penduduk dan kedudukan pili dan balai bomba,” katanya kepada pemberita selepas Perbarisan Tahunan 2016 JBPM Melaka di Balai Bomba Ayer Keroh di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah JBPM Melaka Penguasa Kanan I Noor Hisham Kamal dan Penolong Pengarah Operasi JBPM Melaka Ahmad Adli Abd Rahman.

Nazili berkata JBPM Melaka juga berjaya menyelamatkan 70 individu dalam kes kebakaran dan 741 individu dalam kes penyelamatan yang berlaku sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata JBPM Melaka menerima 4,313 panggilan sepanjang tahun lepas dengan 2,465 panggilan melibatkan kebakaran, penyelamatan (1,683 kes), tugas khas (155 kes) dan 10 panggilan palsu.

“Daripada jumlah kes kebakaran yang direkodkan, kebakaran kenderaan meningkat kepada 163 kes pada tahun lepas berbanding 126 kes pada 2015,” katanya.

Sementara itu, katanya sebuah balai berstatus kelas D yang akan dikendalikan tujuh anggota bomba akan ditempatkan di sebuah bangunan milik Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka yang akan dibina di kawasan Sungai Melaka.

Beliau berkata balai berkenaan disediakan kelengkapan menyelamat seperti bot dan jentera bomba dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan JBPM Melaka terutama di kawasan tumpuan pelancongan dan kepadatan penduduk yang tinggi.

“JBPM Melaka akan diberikan satu ruang untuk bina balai berstatus D ini dan pecah tanah bangunan ‘grand pier’ berkenaan dijangka pada bulan Mac atau April depan dan dijangka siap pada 2018,” katanya. – BERNAMA

Tags: BombaMelaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Individu Didakwa Menyimpan Bir Bernilai RM11,000

Next Post

Promosi Erotik Kegilaan Penjual Produk Kecantikan

Related Posts

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

02/03/2025
0

SHAH ALAM: Seorang budak lelaki berdepan detik cemas apabila sebahagian badannya tersangkut dalam tempayan ketika mandi dalam kejadian di sebuah...

Next Post

Promosi Erotik Kegilaan Penjual Produk Kecantikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd