• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berat Badan Wan Sharmila Susut Selepas Kematian Ibu

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Wan Sharmila mengakui dia hilang selera makan sejak kehilangan ibunya Raidah Abd. Aziz yang meninggal dunia pada 5 Julai 2015 sehingga memyebabkan berat badannya susut.

Wan Sharmila atau nama sebenranya, Wan Sharmila Wan Mohamed, 36, berkata, walaupun lebih setahun berlalu, namun jiwanya masih berasa kosong kerana sering teringatkan arwah ibunya.

“Berat badan saya susut daripada 46 kilogram menjadi 42 kilogram. Biarpun jumlah itu tidak terlalu banyak tapi setakat ini tiada peningkatan berat badan.

“Sejak ibu saya meninggal saya kurang selera makan dan bersedih terutama bila teringatkan arwah. Dahulu jika saya rasa ingin makan sesuatu pasti arwah akan masakan,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, perkara tersebut juga membuatkan doktor yang sering merawatnya turut berasa bimbang.

“Doktor yang sering merawat saya juga ada menegur dan meminta saya beritahu kenapa saya jadi terlalu kurus begini. Dia bimbang perkara itu akan menjejaskan kesihatan saya.

“Namun, dia juga faham saya sedang berhadapan dengan kesedihan. Orang nampak saya ceria tetapi hati saya masih lagi bersedih,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang teman hidup, wanita yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini mengakui mempunyai keinginan untuk membina keluarga sekali lagi.

Keluarganya juga turut meminta dia mencari seorang lelaki yang sesuai untuk menjadi teman hidup.

“Selepas arwah ibu meninggal, adik-beradik juga bimbang saya tiada tempat mengadu, mereka minta cari penganti agar boleh menjaga saya.

“Saya sentiasa buka pintu hati menerima kehadiran lelaki tapi setakat ini belum lagi ada yang sudi,” ujarnya.

Wan Sharmila sebelum ini pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada 2007 sebelum bercerai dengan talak satu pada 23 Oktober 2009 di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru. – mStar Online

Tags: pelakonWan Sharmila
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd