Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Fatehah Terima Anugerah Tokoh...

KUALA BERANG - Atlet lumba basikal negara Fatehah Mustapa menerima Anugerah Tokoh Kemerdekaan...

Robot Sedut Rambut, Bomba...

SEORANG wanita tidak menyangka robot jenis pembersih hampagas yang dibeli untuk memudahkan kerja...

Kawasan Lembah Kelang Rasai...

KUALA LUMPUR - Gegaran gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter di Sumatera...

Ramasamy Saman Zakir Naik,...

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan...

Bekas Penjawat Awam Dihukum Mati Bunuh Ipar

MELAKA – Seorang bekas penjawat awam dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh abang iparnya, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar mengenakan hukuman itu terhadap Khairul Nordin, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan tiada keraguan munasabah terhadap kes tersebut yang membawa hukuman mati mandatori,” katanya ketika menyampaikan keputusan itu.

Khairul yang merupakan bekas pemandu di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya dituduh membunuh abang iparnya Abdul Rashid Ahmad, 48, di halaman rumah Lot 115A, Kampung Serkam Pantai, Merlimau pada kira-kira 8 malam, 22 Ogos 2012, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin manakala tertuduh diwakili peguam Asmawi Ismail.


Sebanyak 24 saksi pihak pendakwaan dan dua saksi pihak pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu. – BERNAMA

Kategori