• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengarah SPRM Mohon Bersara Awal 6 Bulan Lalu

oleh
03/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohammad Zain bersara kerana kecewa kegagalan satu kes ‘besar’ dibawa ke mahkamah.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan di sini hari ini, SPRM menjelaskan, laporan sebuah portal berita tempatan kononnya ia menjadi punca kenapa beliau menamatkan perkhidmatan dengan lebih awal adalah tidak benar.

Bahri sebaliknya telah memohon kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bersara pilihan atas kehendak dirinya sendiri sejak enam bulan lalu dan ia kemudian berkuat kuasa pada 30 Disember 2016.

Permohonan yang dibuat beliau itu juga adalah selari dengan peraturan JPA iaitu seseorang pegawai kerajaan yang ingin bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh persaraan.

SPRM turut merujuk kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa beliau memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan berprofil tinggi melibatkan SRC International tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

“Pihak SPRM kemudian telah menghubungi sendiri beliau dan Dato’ Bahri menafikan pernah ada mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian kepada portal berita tersebut,” kata kenyataan SPRM tanpa menamakan portal itu.

Bahri yang memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Operasi Khas sejak 16 Jun 2014 mendapat perhatian susulan pendedahan portal itu konon beliau mengkritik Peguam Negara tidak meneruskan pendakwaan kes SRC.

Beberapa portal politik tempatan turut melaporkan Bahri pernah sering memburuk-burukkan kepimpinan negara dalam beberapa isu besar namun beliau bertegas menafikan perkara tersebut termasuk membocorkan rahsia SPRM.

Tahun lalu, beliau dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob mendapat perhatian kerana ditukarkan serta-merta ke sebuah jabatan lain sebelum arahan tersebut ditarik balik. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Datuk Bahri Mohammad ZainSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peraturan-Peraturan Kawalan Harga & Antipencatutan

Next Post

Wanita Gemar Tonton Pornografi Lebih Berisiko Cerai

Related Posts

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

Next Post

Wanita Gemar Tonton Pornografi Lebih Berisiko Cerai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd