• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Ikan Cukup Termasuk Di Negeri Dilanda Banjir

oleh Ahmad Albab
25/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Bekalan ikan di seluruh negara masih mencukupi termasuk di negeri-negeri yang dilanda banjir walaupun sebilangan besar nelayan tidak dapat ke laut berikutan ancaman ombak besar musim tengkujuh.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata orang ramai tidak perlu panik mengenai bekalan ikan kerana pihaknya mempunyai stok ikan sejuk beku yang mencukupi.

“Ini termasuk 10 tan metrik di Besut, Terengganu dan 60 tan metrik di Selayang, Selangor yang akan diedarkan di pasar tani di seluruh negara dengan harga berpatutan,” katanya selepas Majlis Penghargaan Sukarelawan Nelayan di Tok Bali di sini, hari ini.

Irmohizam bagaimanapun berkata masih terdapat ‘orang tengah’ yang tidak bertanggungjawab cuba memanipulasi bekalan ikan di pasaran dengan tidak membekalkan ikan kepada peraih semata-mata mahu mengaut untung yang lebih.

Beliau turut memberi amaran kepada pengeksport ikan supaya mematuhi larangan mengeksport ikan ke luar negara pada musim tengkujuh yang dikeluarkan sebelum ini, bagi menjamin bekalan ikan dalam negara mencukupi.

“LKIM dan agensi yang berkaitan, sentiasa memantau keadaan itu dan sekiranya ada yang masih berdegil, tindakan sewajarnya akan diambil termasuk membatalkan lesen mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Irmohizam berkata LKIM bercadang memperluaskan Penubuhan Kumpulan Keselamatan Nelayan (Kukenal) ke seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata Kelantan adalah negeri pertama menubuhkan pasukan itu dengan penyertaan hampir 100 orang yang antara peranannya membantu mangsa bencana alam termasuk memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. – BERNAMA

Tags: BanjirIkan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd