• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Pelarian Syria, Penuntut Malaysia Ditahan Di Jordan

oleh AK-47
29/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“DOAKAN saya terus kuat,”… Demikian pinta seorang mahasiswa Malaysia, Musa Nuwayri yang telah dihalau dari Jordan hanya kerana menghulurkan bantuan kepada pelarian Syria.

Musa Nuwayri atau nama sebenarnya Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, 23, baharu sahaja dibebaskan dari sebuah penjara Jordan kelmarin dan dihantar pulang ke tanah air selepas enam hari ditahan.

Ahmad Musa yang merupakan pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ), menimbulkan rasa sebak ramai apabila memuat naik gambar di laman sosial dirinya digari ketika ditahan Jordan.

Dalam posting itu, dia turut menyatakan perasaan rindunya pada teman seperjuangannya di Jordan dan anak-anak Syria yang sudah dianggap seperti anak kandung sendiri.

Bantu Pelarian Syria, Penuntut Malaysia Ditahan Di Jordan

Bantu Pelarian Syria, Penuntut Malaysia Ditahan Di Jordan

Sementara itu, Ahmad Musa yang merupakan pelajar jurusan syariah di Universiti Al Bayt, Jordan mengakui dia kini reda dihalau keluar meskipun pengajiannya hanya tinggal baki beberapa bulan.

“Pihak berkuasa di sana memaklumkan antara sebab saya ditahan kerana visa pelajar sudah tamat tempoh walhal sebelum ini, pelajar yang didapati tidak perbaharui visa hanya perlu bayar denda berdasarkan jumlah hari tinggal melebihi masa di Jordan.

“Selain itu, saya juga ditahan kerana terbabit membantu pelarian Syria di negara itu dan ia adalah faktor utama penahanan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita pengalamannya ditahan di sana, Ahmad Musa memberitahu dia tidak berkesempatan untuk mandi selama enam hari dan polis tidak membenarkannya menukar pakaian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JordanPelarianSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keadaan Di Jordan Tenang, Selamat Dan Stabil – Kedutaan

Keadaan Di Jordan Tenang, Selamat Dan Stabil – Kedutaan

02/07/2025
0

SHAH ALAM - Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan memaklumkan keadaan semasa di Jordan tenang, selamat dan stabil. Menurutnya, sejak...

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd