Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

LKAN: Tunggakan Hutang Tak...

Kuala Lumpur : Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang...

Berlembut Pendekatan Terbaik Perangi...

KUALA LUMPUR – Kaedah berlembut dan menangani naratif merupakan pendekatan terbaik bagi menentang...

PPBM Sertai PKR, PAN...

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sah akan menjadi salah sebuah...

2 Sebab Utama Mahathir...

DALAM wawancara dengan Bloomberg yang disiarkan semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir...

Bank Rakyat Sumbang Van Kepada Masjid Tuanku Syed Putra

KANGAR – Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail (MTSPJ) di sini hari ini menerima sumbangan sebuah van pelbagai guna bernilai RM125,000 daripada Bank Rakyat.

Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh mempersembahkan replika kunci van kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, yang kemudian menyerahkannya kepada Pengerusi MTSPJ yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Dr Hazman Hassan selepas solat Jumaat di masjid berkenaan.

Turut hadir, Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Sebelum itu Tuanku Raja dan Raja Muda berkenan solat Jumaat bersama jemaah yang hadir.

Sementara itu, semasa ditemui pemberita Shukry berkata sumbangan berkenaan adalah daripada wang zakat perniagaan bank tersebut dan masjid itu merupakan yang pertama di Perlis menerima van serba guna daripada Bank Rakyat.


Selain van, bank tersebut juga menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM15,000 kepada Masjid Al-Amin, Sempering dan Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiah di sini.

Bank Rakyat juga turut memberi sumbangan kepada enam keluarga asnaf sekitar kariah MTSPJ berupa wang tunai masing-masing RM600 serta barangan bernilai RM100 setiap keluarga. – BERNAMA

Kategori