• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Terengganu, 50 Staf Hospital Naik Jentolak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Lima puluh kakitangan Hospital Hulu Terengganu terpaksa menaiki jentolak yang disediakan Bilik Gerakan Bencana Pejabat Daerah Hulu Terengganu untuk pergi bekerja apabila laluan ke hospital itu mula dinaiki air awal pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata setiap tahun laluan ke hospital itu akan dinaiki air dari kedua-dua arah apabila hujan lebat berterusan dalam tempoh yang lama.

“Saya ada meminta agar disediakan trak supaya lebih ramai dapat dibawa ke hospital tetapi dimaklumkan ia agak berbahaya kerana arus yang deras dan adalah lebih selamat menaiki jentolak.

“Bagaimanapun sekiranya ada kes kecemasan yang memerlukan pesakit dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu atau pesakit dari hospital itu dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, kami terpaksa juga gunakan lori dan ambulans pula akan menunggu di jalan terdekat yang masih boleh dilalui,” katanya ketika dihubungi Bernama sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pelawat yang datang ke Hospital Hulu Terengganu hanya berbuat demikian sekiranya ada urusan yang sangat penting sahaja, memandangkan pergerakan ke hospital itu agak terbatas ketika ini.

Dr Mohammad berkata bagi pesakit yang tidak terlalu kritikal, mereka masih boleh dirujuk ke Klinik Kesihatan Kuala Berang atau Klinik Kesihatan Ajil yang masih boleh dilalui kenderaan ringan setakat ini. – BERNAMA

Tags: BanjirTerengganu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd