• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Pesakit Strok Terpaksa Diusung Ke Pusat Pemindahan

oleh Ahmad Albab
21/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Sepanjang 15 tahun sebagai penghidap strok, Abdullah Salleh, 67, mungkin tidak menyangka akan diusung beramai-ramai untuk menaiki sampan, bot dan pacuan empat roda ke pusat pemindahan apabila dia menjadi seorang daripada mangsa banjir di daerah itu semalam.

Detik cemas itu dikongsi isteri Abdullah, Zaleha Ibrahim, 59, kepada Bernama ketika ditemui di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Tembila di sini hari ini.

Zaleha berkata mereka suami isteri yang tinggal di Kampung Gong Dua, terpaksa menaiki sampan, bot dan pacuan empat roda sebelum dipindahkan ke pusat pemindahan setelah rumah dinaiki air sejak awal hari ini.

“Mula-mula menantu makcik datang, bawa kami menaiki perahu…masa tu air tak dalam sangat. Dia bawa kami ke tempat yang tinggi.

“Kemudian, suami makcik diusung beramai-ramai dengan bantuan orang kampung dengan menaiki bot dan pacuan empat roda untuk ke pusat pemindahan sebab suami makcik tak boleh berjalan,” katanya.

Kata Zaleha, itu pengalaman pertama mereka sekeluarga berpindah ke pusat pemindahan kerana ketika berlaku banjir sebelum ini, air tidak sampai ke dalam rumah.

“Memang mula-mula makcik risau sebab bila air masuk dalam rumah, bimbang fikirkan macam mana nak pindahkan suami makcik. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat.

“Makcik duduk (tinggal) berhampiran sungai…air cepat naik. Makcik terjaga dari tidur pukul 4 pagi tadi, tengok-tengok air dah penuh di bahagian dapur.

Habis peti ais dan almari makcik, tak sempat nak alih,” katanya.

Sementara itu, anaknya Zalina Abdullah, 44, yang tinggal berhampiran rumah ibu dan bapanya, berkata dia dan suami tidak sempat menyelamatkan harta benda serta barang berharga apabila air naik mendadak sejak awal pagi tadi.

“Saya memang sedih sebab tak sempat nak selamatkan apa-apa barang…kereta saya pun ditenggelami air. Tak sempat nak alihkan sebab air naik mendadak.

“Tak pernah banjir macam ni kat kampung ni…tadi saya dan suami hanya fikir nak selamatkan nyawa mak dan ayah serta anak-anak,” katanya.

Zalina berkata dalam tempoh tidak sampai dua jam air, mula memasuki kawasan rumahnya hingga ke paras leher.

“Walaupun sedih, saya anggap ini ujian untuk kami. Memang semua barang tak dapat diselamatkan…kereta, peti ais, mesin basuh, perabot, semuanya tenggelam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd