Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Nenek 99 Tahun Penuhi...

AMSTERDAM - Seorang nenek berusia 99 tahun berjaya memenuhi impiannya iaitu dapat merasa...

Tak Puas Hati Butang...

WASHINGTON DC - Anda mungkin berasa marah, geli hati, atau tersentuh dengan sesuatu...

Setahun Pun Belum Tentu...

Bencana banjir yang melanda negara hujung tahun lepas kini dilihat sudah semakin pulih...

Malaysia Airports Kendali 89.8...

SEPANG - Lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang beroperasi di Malaysia...

Banjir: Mangsa Bertambah Kepada 40 Orang Di Melaka

MELAKA – Mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Jasin dekat sini bertambah 15 orang kepada 40 orang daripada 10 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 25 orang daripada lima keluarga pada 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata seramai 27 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Chohong manakala 13 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Asahan.

Tiga kawasan yang terjejas ialah Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong dan Kampung Sungai Dua, katanya yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Melaka di sini.

Beliau berkata banjir berpunca daripada Sungai Relau, Sungai Asahan dan Sungai Chohong yang melimpah akibat hujan lebat.


“Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengutamakan keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di malam ini. – BERNAMA

Kategori