• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Beberapa Jalan Di 3 Daerah Ditutup Kepada Laluan

oleh Ahmad Albab
21/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Susulan banjir di Terengganu menyebabkan beberapa jalan di tiga daerah iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu terpaksa ditutup setelah dinaiki air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Left Kolonel Che Adam A Rahman berkata di Besut, Jalan Seberang Jerteh/Pachakan di dua lokasi iaitu di Kampung Beris Baru dan Kampung Nangka-Kampung Lampu ditutup kepada kenderaan ringan.

“Begitu juga Jalan Bulatan Che Salmah/Kampung Raja dan Jalan Jabi/Kampung Oh/Pasir Akar ditutup kepada kenderaan ringan.

“Jalan Kuala Terengganu/Kota Bharu di Kampung Tok Dor dan Kampung Lak Lok juga ditutup kepada kenderaan ringan manakala Jalan Jertih/Pasir Akar/Keruak di Kampung Jerubun ditutup kepada semua jenis kenderaan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dari Kuala Terengganu yang ingin ke Kota Bharu disarankan menggunakan laluan pantai untuk destinasi kedua-dua arah.

Di Setiu tiga jalan yang dinaiki air ialah Jalan Caluk/Bukit Putera, Jalan Pengkalan Merbau/Pelong dan Jalan Permaisuri/Hulu Seladang yang kesemuanya ditutup kepada kenderaan ringan.

Di Hulu Terengganu, Jalan Bukit Perah/Kampung Jak/Kuala Kejir ditutup untuk kenderaan ringan manakala Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong ditutup kepada semua jenis kenderaan. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd