• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asyraf Wajdi Puji Remaja Lapor Polis Tentang Guan Eng

oleh AK-47
17/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – Tindakan berani seorang remaja lelaki membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) harus dipuji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan Ahmad Ali Abdul Karim, 13, itu menunjukkan remaja tersebut lebih memahami perlembagaan sekalipun usianya masih muda.

“(Lim) Guang Eng seharusnya malu apabila seorang remaja berumur 13 tahun ini lebih memahami Perlembagaan negara.

“Saya ucapkan syabas kepada Ahmad Ali,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dan penerangan isu semasa di Universiti Teknologi Mara Raub, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang antara lain menyebut Ahmad Ali membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor pada 24 November lepas setelah membaca artikel di laman blog Lim yang dianggapnya berbentuk kenyataan mengelirukan berhubung RUU 355.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata pindaan RUU 355 tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan kerana usul berlandaskan kepada Perkara 3 perlembagaan yang mengatakan Islam adalah agama Persekutuan.

“Sebagai sebuah negara yang diberikan status agamanya dan diperkukuhkan lagi dalam Perkara 37, sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kesucian agama Islam, kerajaan boleh mengadakan apa sahaja undang-undang yang berkaitan dengan kepentingan orang Islam selagi ia dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Asyraf Wajdilaporan polisLim Guan EngRUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd