Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Najib Melawat Jepun Ahad...

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan rasmi...

Raikan Tahun Baharu Cina...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

Larangan Ahli Politik Ceramah...

Tindakan beberapa negeri menguatkuasakan larangan kepada mana-mana ahli politik untuk mengadakan ceramah atau...

Agong Berangkat Ke Solat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menghadiri solat hajat,...

APMM, Agensi Peguat Kuasa Banteras Nelayan Asing

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan akan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi penguat kuasa bagi membanteras pencerobohan nelayan asing dan jenayah rentas sempadan melalui perairan negara, tahun ini.

Pengarah APMM Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata antara agensi terbabit ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perikanan dan Jabatan Taman Laut.

“Ia untuk memantapkan usaha membanteras kegiatan pelanggaran undang-undang melalui laut seperti penyeludupan senjata api, dadah, barangan kawalan, haiwan eksotik dan pencerobohan nelayan asing,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nurul Hizam berkata APMM juga akan mempergiatkan operasi melindungi aset strategik terutama khazanah laut negara daripada dikaut pihak asing.


Beliau berkata sepanjang tahun lepas, pihaknya menahan 12 bot nelayan Vietnam dan sebuah bot nelayan Thailand yang menceroboh perairan negara.

Beliau berkata dalam tempoh tersebut, 258 nelayan asing ditahan manakala nilai denda, kompaun dan hasil tangkapan yang dilelong berjumlah RM479,307. – BERNAMA

Kategori