• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Sedia Tarik Diri Sekiranya Khairy Bertanding

oleh AK-47
28/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sedia menarik diri daripada bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya Khairy Jamaluddin mahu bertanding.

Annuar yakin bahawa Menteri Belia dan Sukan itu sebagai calon yang paling layak untuk menerajui kerusi panas itu, dengan adanya pengalaman mengendalikan pasukan MyTeam dan selain pernah memegang jawatan timbalan presiden FAM sebelum ini.

“Pencalonan diri saya tidak lagi releven bila KJ (Khairy) sudi menerima pencalonan dirinya… Good luck KJ. Saya harap beliau dapat memasukkan aspirasi penyokong dan peminat bola sepak negara yang mahu melihat Malaysia sebagai Top 100 Nation dalam arena bola sepak.

“Untuk itu diharap KJ dapat memperluas Pelan Induk Pembangunan Bolasepak Negara kepada satu blueprint komprehensif 30 tahun yang memungkinkan berubahnya DNA bola sepak Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Khairy berkata beliau belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut dan sedia menarik diri sekiranya seorang lagi calon, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat bertanding.

Selain Khairy, Annuar dan Tunku Ismail, turut dicalonkan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat, tetapi sehingga kini, kesemua calon masih berteka-teki mengenai keputusan mereka sama ada mahu bertanding atau tidak.

Annuar, yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata usaha menolak peranan dan penglibatan ahli politik dalam bola sepak negara bererti menolak dan menafikan peranan majoriti pimpinan bola sepak negara dan negeri pada masa kini.

Beliau berkata 12 daripada 19 ahli gabungan FAM pernah atau sedang dipimpin oleh ahli politik daripada pelbagai latar belakang seperti UMNO, PKR, PAS dan DAP.

“Presiden FAM yang menolak atau tidak berkerjasama dengan orang politik bakal gagal membangunkan bola sepak negara dengan berkesan kerana pembangunan bola sepak Malaysia memerlukan persefahaman dan kerjasama pelbagai pihak dalam suasana saling menghormati dan penuh muafakat,” katanya.

Semua calon itu perlu memberi keputusan sama ada mahu bertanding sebelum tarikh tutup pada 13 Feb kepada sekretariat FAM dan senarai akhir calon akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco FAM manakala pengumuman kepada media akan dibuat pada 20 Feb. – BERNAMA

Tags: FAMKAFAKhairy JamaluddinTan Sri Annuar Musa.
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd